Saturday, 22 February 2014

ANTARA DUA HATI

Assalamualaikum dan selamat pagi..

antara dua hati...tersepit untuk membuat pilihan... kedua-duanya adalah terbaik, tetapi untuk membuat pilihan yang tepat amat sukar untuk dilakukan..kedua-dua hati mesti dijaga.. aku x mau menyakiti keduanya.. Ya tuhanku, kuatkanlah daku, kuat dan tabahkanlah hati ku.. antara kasih dan cinta, antara simpati dan kasihan..keduanya aku tak bisa pilih. andai aku memilih A..B akan terasa hati. andai memilih B, A pula akan terasa hati. mengapa kasi teruji disaat cinta mula bersemai?? mengapa ombak datang disaat pantai mula memutih??
sejujurnya aku tidak kuat.. tetapi aku seperti pula tidak menerima Qada' Qadar yang telah Dia tentukan. aku harus redha dengan ujian yang diberikan..benar kata2 rakanku, Allah s.w.t memberikan sesuatu ujian kepada hambanya yang layak..sesungguhnya amat beruntung hambanya yang terpilih itu.
ibuku menasihati untuk tidak membuat pilihan atas dasar emosi..pilihlah yang terbaik untuk diri sendiri dan jangan lupakan Dia yang Maha Mengasihani. pohon darinya petunjuk dan pilihan yang tepat.
aku pula....masih begini.. ku bertserah segalanya kepada yang memberi ujian.. tetapi, aku juga harus bertindak..tidak boleh merobek hati-hati yang mengasihi.. doaku..semoga aku diberi petunjuk untuk membuat pilihan yang benar.. aamiiinn.....

Saturday, 15 February 2014

Bengang

Assalamualaikum w.b.t saudara saudari..

petang ni ana takde nk post apa2 ilmu. ana cuma nk bercerita sikit je. ana paling tidak suka kepada permusuhan dan juga pergaduhan yang mana diselit dengan fitnah memfitnah. subhanallah....... jika tidak tahu cerita yang sebenar lebih baik kita diam sahaja , jangan pandai2 membuat andaian sendiri and then heboh cerita dengan orang lain. anda bukan sahaja telah melakukan fitnah, malah telah menjatuhkan air muka seseorang itu. membuat dia dibenci orang lain, merasa terhina dan merana bukan satu perbuatan yg baik, cuba kita letakkan diri kita ditempat orang tu dibenci dan dicemuh kerana fitnah, apakah yg kita rasakan??? apa yang kita rasakan , itu juga yang telah dilalui oleh mangsa2 fitnah. waima orang itu pernah melakukan kesalahan, tetapi adalah tidak wajar kita menghukum dengan cara seperti itu. menjadi satu dosa besar jika melakukan fitnah, malah lebih besar dosanya daripada membunuh. sekian, wassalam.

Thursday, 13 February 2014

HITUNGI NIKMAT

Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah kali kedua ana bercoret di sini.. malam nie ana just nk berkongsi sedikit ilmu bersama yg lain terutamanya para wanita. cuba hayati setiap baris ayat dibawah, dalami apa yg ingin disampaikan, pasti anda akan dapati ianya tidaklah sesuatu yg sia2. ianya sedikit sebanyak telah membuat ana sedar tentang hakikat kehidupan ini.

BERPEGANG TEGUHLAH PADA APA YANG AKU BERIKAN KEPADAMU DAN JADILAH KAMU TERMASUK orang YANG BERSYUKUR

HITUNGLAH SEMUA NIKMAT ALLAH YANG TELAH DIKURNIAKAN KEPADA ANDA

sesungguhnya aku benar-benar berharap kepada Allah sehingga dengan kesabaran yang baik seakan-akan aku dapat melihat apa saja yang telah dilakukan oleh Allah kepadaku

Bila anda tiba di waktu pagi, maka ingatlah bahawa pagi itu telah menyapa beribu-ribu orang yang tidak beruntung, sementara anda sedang berada dalam kenikmatan. Dia menyapa beribu-ribu orang yang kelaparan, sementara anda sendiri kekenyangan. Dia menyapa beribu-ribu orang yang tertawan, sementara anda bebas dan merdeka. Dia menyapa beribu-ribu orang yang tertimpa musibah dan bencana, sementara anda selamat dan berbahagia.
Berapa banyak air mata yang berlinang di pipi seorang wanita, berapa banyak derita dihati seorang ibu dan berapa banyak keras jeritan di kerongkong si kecil, sementara anda tersenyum lega. Maka, pujilah Allah dan ucapkanlah alhamdulillah atas kasih sayang, perhatian dan kurniaNya.
Duduklah anda dengan tenang, lalu berterus teranglah kepada diri sendiri. Ambillah mesin kira atau alat hitung lainnya untuk memperincikan sudah berapa banyak harta, nikmat, kesenangan dan kegembiraan yang telah anda dapatkan. Begitu pula hitunglah kecantikan, wang, anak-anak, naungan, tempat tinggal, tanah air dan pelbagai anugerah lainnya, seperti penerangan, udara, air, makanan, ubat, dan sebagainya. Oleh itu, jalanilah hidup ini dengan tenang, senang, bahagia dan hati yang terhibur.

Sunday, 9 February 2014

Salam Perkenalan

Assalamualaikum w.b.t. ya akhi wa ukhti. Ana baru sahaja ingin mendekatkan diri dengan aktiviti blog ini. Kawan ana yang mengajar ana bagaimana untuk berblog. Oleh kerana ana baru lagi, maka banyaklah yang ana tidak tahu, biasalah orang baru berjinak-jinak. hehehe...(malu pulak). Blog yang ana cipta ini adalah berkisarkan perjalanan hidup ana, maklumat2 atau cerita2 dan juga perkongsian diari seharian ana. Ana berharap blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Baiklah, sampai disini sahaja celoteh pertama ana. Dilain masa ana akan bercakap lebih lagi. Sekian, terima kasih. =)