Assalamualaikum w.b.t
Ini adalah kali kedua ana bercoret di sini.. malam nie ana just nk berkongsi sedikit ilmu bersama yg lain terutamanya para wanita. cuba hayati setiap baris ayat dibawah, dalami apa yg ingin disampaikan, pasti anda akan dapati ianya tidaklah sesuatu yg sia2. ianya sedikit sebanyak telah membuat ana sedar tentang hakikat kehidupan ini.
BERPEGANG TEGUHLAH PADA APA YANG AKU BERIKAN KEPADAMU DAN JADILAH KAMU TERMASUK orang YANG BERSYUKUR
HITUNGLAH SEMUA NIKMAT ALLAH YANG TELAH DIKURNIAKAN KEPADA ANDA
sesungguhnya aku benar-benar berharap kepada Allah sehingga dengan kesabaran yang baik seakan-akan aku dapat melihat apa saja yang telah dilakukan oleh Allah kepadaku
Bila anda tiba di waktu pagi, maka ingatlah bahawa pagi itu telah menyapa beribu-ribu orang yang tidak beruntung, sementara anda sedang berada dalam kenikmatan. Dia menyapa beribu-ribu orang yang kelaparan, sementara anda sendiri kekenyangan. Dia menyapa beribu-ribu orang yang tertawan, sementara anda bebas dan merdeka. Dia menyapa beribu-ribu orang yang tertimpa musibah dan bencana, sementara anda selamat dan berbahagia.
Berapa banyak air mata yang berlinang di pipi seorang wanita, berapa banyak derita dihati seorang ibu dan berapa banyak keras jeritan di kerongkong si kecil, sementara anda tersenyum lega. Maka, pujilah Allah dan ucapkanlah alhamdulillah atas kasih sayang, perhatian dan kurniaNya.
Duduklah anda dengan tenang, lalu berterus teranglah kepada diri sendiri. Ambillah mesin kira atau alat hitung lainnya untuk memperincikan sudah berapa banyak harta, nikmat, kesenangan dan kegembiraan yang telah anda dapatkan. Begitu pula hitunglah kecantikan, wang, anak-anak, naungan, tempat tinggal, tanah air dan pelbagai anugerah lainnya, seperti penerangan, udara, air, makanan, ubat, dan sebagainya. Oleh itu, jalanilah hidup ini dengan tenang, senang, bahagia dan hati yang terhibur.
hehehe...best ayat...i know this book... :D
ReplyDeletehehe...sama2 kita share
Deletesinggah sini kejap..nice post. buat la cbox baru best. jemput singgah kat blog saya :) http://sigadiszahra.blogspot.com/2014/02/kau-confirm-takkan-baca-apa-yang-aku.html
ReplyDeleteinsyaallah =)
Delete